Friday 24 May 2013

Tak Mungkin Bersatu : Bab 14






     0193453353 - Assalamualaikum. Hai. 


     Qaisara mengerutkan dahinya sambil membaca pesanan ringkas yang baru masuk ke taliannya itu. Skrin telefon pintarnya ditatap sekali lagi. Siapa pulak yang nak mesej aku malam-malam ni? Nombor tak kenal pulak tu.



     Kerusi yang elok tersandar pada meja kerjanya ditarik perlahan lalu dia melabuhkan punggungnya. Telefon pintar masih lagi erat dalam pegangannya. Nak balas atau tidak?


   ‘Siapa?’ Akhirnya satu patah perkataan itu yang dibalas oleh Qaisara. Balas ajelah mana tahu kalau-kalau penting.


     Kertas kerja dari dalam briefcasenya dikeluarkan. Komputer riba dihidupkan lalu dia menyambung kerja yang tidak sempat disiapkan di pejabat siang tadi. Bekerja di bawah Encik Khalis tak memasal aje kena sama-sama buat projek muzium di Melaka itu. Sudahlah tiap-tiap hari kena menghadap muka dia yang kacak tu. Kalau kacak tapi siuman tak apalah. Ini psiko! Nasib baik kachaklah, kan.


     Baru saja jari-jemarinya hendak memulakan aksi tarian di atas lantai papan kekunci komputer riba, dia terdengar bunyi getaran dari telefon pintarnya. Selalunya dia menukar telefon pintarnya ke mode senyap semasa dalam waktu kerja untuk mengelakkan dari sebarang gangguan. Apabila pulang ke rumah, lupa pula mahu menukarkannya kepada yang asal semula.


      0193453353 – Rasa-rasa?


     Qaisara terpempan. Ewah-ewah nak memain pulak, ya? Aku tak ada masa nak main-main. Telefon pintarnya kembali diletakkan di sisi komputer riba sebelum dia menyambung kerjanya kembali.


     Sudah satu jam Haikal menunggu balasan pesanan ringkas daripada Qaisara. Telefon pintar yang masih berada dalam tangannya diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil lalu dia menghempaskan tubuhnya lemah. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke belakang kepala sambil dia tersenyum sendirian. Qaisara masih lagi sama seperti dulu. Garang dan comel. Desis hati Haikal.


     Dia masih ingat lagi bagaimana rakan sekelasnya, Khairul hendak mengayat Qaisara semasa sekolah dulu. Bila selisih dengan Qaisara mesti si Khairul akan tersenyum sampai ke telinga sambil memandang ke arah Qaisara. Tetapi yang dibalas Qaisara cuma jelingan maut. Haikal yang turut menyaksikan adegan tersebut kerana selalunya dia berjalan dengan Qaisara pasti rasa nak gelak guling-guling. Kelakar betul muka terkedu Khairul masa itu. Balik kelas aje mesti puas dibahannya Khairul.


     Sebenarnya dia suka dengan perangai Qaisara yang satu itu. Tidak dinafikan Qaisara memang punyai ramai peminat di sekolah dulu kerana wajahnya yang sangat comel. Kalau perempuan lain mesti jenis melayan aje. Tapi Qaisara bukan begitu. Sebab itu jugalah Haikal tak rasa berat hati pun apabila dia diberitahu yang Qaisara akan melanjutkan pelajaran ke UK.


  Ternyata sikap Qaisara masih juga sama seperti dulu. Buktinya pesanan ringkas yang tadi sudah tidak berbalas. Kalau macam inilah pengakhirannya, memang payah Qaisara hendak tahu siapa ‘Encik Khalis’ yang sebenarnya. Haikal mencapai telefon pintarnya kembali lalu sebaris nombor keramat yang diambilnya dari fail pekerja di pejabat itu direnung lama. Dia bangun dari perbaringannya. Kalau aku telefon aje budak Qaisara ni agak-agak dia nak angkat tak?


     Dia memusing-musingkan telefon itu dengan jarinya. Nak telefon atau mesej lagi sekali? Haikal masih berkira-kira. Telefon ajelah!


     Nombor keramat itu didail lalu dia menanti panggilannya berjawab dengan penuh resah. Kenapa aku gugup ni? Dulu selalu aje aku telefon dia tak ada pun aku nak gugup-gugup bagai ni. Hesy, masalah jiwa!


     “Helo?”  Suara comel gadis itu sudah mula menyapa halwa telinga Haikal. Dia mengeluh halus. Ingatkan tak angkat!


     “Err.. Helo,” balas Haikal lambat-lambat. Gugup!


     “Siapa?” Qaisara bertanya. Terbantut kerja yang sedang dibuatnya tadi kerana telefon pintarnya lunak menyanyikan lagu ‘Catch My Breath’ daripada Kelly Clarkson. Dia baru mengambil lagu itu daripada Akif semalam. Asalnya nak korek kot-kot Akif ada menyimpan gambar buah hati dalam telefon bimbit, alih-alih dia tersesat dalam galeri lagu pula. Eh, dia tak menceroboh privasi Akif pun, okey! Akif elok aje duduk sebelah dia masa itu.


     “Erm...” Lama Haikal berjeda. Gugup sebenarnya. “Haikal.”


     Terbuntang mata Qaisara mendengarkan sebaris nama itu. Hampir terlepas telefon bimbit yang dilekapkan pada telinganya ketika itu. Biar betul?


   “Sia...pa?” Ulang Qaisara sekali lagi. Risau kalau dia sedang bermimpi pula. Matanya kini sudah tidak melekat pada skrin komputer riba lagi.


     “Haikal. Kau ni agaknya dah pekak ke apa?” Balas Haikal dengan garang. Nampaknya dia sudah jadi seperti biasa. Sudah hilang gugupnya yang sebentar tadi.


     “Okey, dengar ayat yang macam tu pun aku dah yakin aku tak bermimpi. Haikal ke ni?!” Tanya Qaisara separuh menjerit. Kalau betul itu adalah Haikal memang dia seronok sangat! Komputer riba segera ditutup. Esok ajelah sambung buat kerja dengan Mr. Psyco but Handsome tu.


     “Kenapa kau excited sangat ni? Bukan aku propose kau pun.” Ayat terakhir sengaja dilambat-lambatkan pertuturannya.


     “Seronoklah sahabat sejati aku call aku. Eh mana kau dapat nombor aku?” Qaisara kehairanan. Jarinya diketuk-ketuk pada meja kerja.


     “Ehem. Kau buat apa ni?” Dalih Haikal. Dia kini sudah berbaring kembali.


     “Buat kerja sikit. Kalau lambat siap nanti Mr. Psyco but Handsome kat tempat kerja aku tu marah pulak,” bebel Qaisara. Kemarin baru saja dia diamarahi Encik Khalis kerana lewat menyemak senarai bahan untuk pembinaan muzium di Melaka itu. Bukannya dia sengaja tetapi lelaki itu juga yang mengarahkannya untuk membetulkan lukisan pelan bangunan muzium itu terlebih dulu. Geram betul!


     “Siapa? Mr. Psyco but Handsome?” Haikal angkat kening sebelah. Itu gelaran untuk siapa pulak? Ada yang menyakitkan hati Qaisara kat pejabat ke?


     “Bos aku. Bukanlah bos sangat tapi dia ketua aku. Aku tak faham betul perangai dia tu. Sekejap bad mood, sekejap mesra pekerja. Entahlah! Eh, apa cerita pasal tu pulak. Jomlah jumpa!” Qaisara sungguh teruja apabila dia sudah dapat berhubung dengan Haikal kembali.


  “Jumpa? Nanti-nantilah. Aku sibuk sikit sekarang ni.” Haikal memejamkan matanya. Rasa tenang. Kalau boleh dia tak mahu Qaisara tahu siapa dia sebenarnya buat masa terdekat ini.


     “Sibuk? Kau kerja apa sekarang?”


     “Kau akan tahu bila kita jumpa nanti.”


     “Bila kita nak jumpa?”


     “When our destiny comes across together.


  “Err, ayat kau..... kelakar!” Meletus ketawa Qaisara. Haikal bercakap macam mereka sedang dilamun cinta aje gayanya.


    “Aku memang sengaja nak buat kau ketawa malam ni.” Haikal tersenyum senang hati. Dia sangat merindui gelak tawa itu. Kalau di pejabat, dia Cuma mampu melihat muka cemberut Qaisara saja. Mahal betul gadis itu dengan senyuman. Apatah lagi kalau sedang bekerja dengannya.


     “Tak habis-habis dengan perangai sweet takler kau. Eh, sorrylah tadi aku tak balas mesej kau. Aku ingat siapalah yang salah nombor ke itu yang aku malas nak melayan.” Sekilas matanya melirik pada jam loceng yang berada di atas meja kecil di tepi katil. Sudah jam 12 malam!


     “Tak apa. Salah aku jugak sebab tak beritahu siapa aku.” Matanya masih terpejam. Mengantuk! Tapi bukan senang nak bersembang dengan Qaisara. Tahan ajelah.


     Sebenarnya. Haikal sengaja membeli nombor telefon dan telefon bimbit yang baru khas untuk menghubungi Qaisara. Kalau pakai nombor telefon yang sama pasti akan cepat terkantoi nanti. Lagipun, Qaisara masih belum punya nombor telefon ‘Encik Khalis’ lagi buat masa ini. Sebelum terkantoi, lebih baik dia mencegah terlebih dulu.


     “Jomlah jumpa nanti. Aku ada banyak benda nak cerita. Banyak benda jugak yang aku nak tanya kat kau.”


     “Nanti. One fine day.”


     “Beritahu aku nanti.” Qaisara sudah berbaring di atas katil. Bantal peluk didakapnya erat-erat.


    “Sure. Eh, Siapa Mr.Psyco but Handsome?” Haikal membuka matanya kembali. Dia mahu tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Qaisara sebentar tadi.


     “Nanti aku cerita. Kal, dah lewat ni. Aku rasa aku kena tidur dah. Nanti lewat sampai tempat kerja marah pulak Mr. Psyco but Handsome kat pejabat tu. Nanti sembang lagi, okey? Assalamualaikum. Good night,” ucap Qaisara seraya dia mematikan panggilan itu. Gembiranya dapat bersembang dengan Haikal! Tak dapat jumpa pun sekurang-kurangnya dia sudah punya nombor telefon lelaki itu.


     Selepas talian dimatikan, Haikal terus meletakkan telefon pintarnya di sisi bantal. Dia memejamkan matanya kembali lalu segaris senyuman elok terlakar pada wajahnya yang tampan. Perlahan-lahan dia terlena. Ini baru permulaan. Dia masih punya banyak agenda lagi untuk Qaisara.




No comments:

Post a Comment