“Hai,
Cik Airis Qaisara,” sapa Haikal dengan senyuman yang melebar pada wajahnya. Seronok sungguh dia apabila dapat bekerja sekali dengan sahabat baiknya itu. Dia
duduk menopang dagu pada dinding kubikel Qaisara. Diperhatinya Qaisara yang
berbaju kurung bunga kecil-kecil berwarna jingga dan bertanahkan warna kuning. Matanya
yang bercelak dan bibirnya yang dioles dengan sedikit pelembab bibir
menyempurnakan penampilan gadis itu. Tudung bawal berwarna jingga terang
melengkapkan lagi kecantikan yang sedia ada padanya.
Qaisara
angkat muka. Dia menjeling geram. Psiko betul mamat ni. Rimas!
“Awak tak ada kerja ke?” Qaisara bertanya
dengan kasar. Wajahnya sudah menyinga. Kalau staf lain nampak macam mana? Aku
ni baru dua hari kerja sini, tahu! Malaslah nak buat onar awal-awal ini.
Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. ‘Awak’? Sejak bila Sara pandai ber’saya awak’ dengan aku ni? Tak pernah-pernah!
“Kau tak kenal aku ke?” Soal Haikal dengan
muka penuh kehairanan. Matanya dikecilkan seolah-olah terdesak mahukan
kepastian.
“Awak kan Encik Khalis. Lebih kurang macam
ketua sayalah sekarang ni,” balas Qaisara sambil jari-jemarinya sibuk
menari-nari di atas papan kekunci komputer riba.
Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal sekali lagi. Dia berdiri tegak sambil memikirkan sesuatu. Rupa-rupanya
Qaisara tak kenal siapakah Encik Khalis yang dimaksudkan dalam mesyuarat
kemarin. Tapi kan dah tengok rupa, tak kanlah tak kenal lagi?
“Ada apa-apa lagi tak, Encik Khalis?”
Tanya Qaisara tiba-tiba. Jelas riak wajahnya yang meluat dengan kehadiran 'Encik Khalis'. Dia mahu lelaki itu cepat-cepat beredar dari depan
kubikelnya.
“Err.. Tak ada. Kalau ada apa-apa masalah
awak boleh datang ke bilik kerja saya.” Haikal tersenyum lalu dia pun berjalan ke
arah bilik kerjanya yang terletak di hujung tingkat empat bangunan itu.
Qaisara mengeluh lega. Terhenti seketika aktivitinya yang tadi. Agaknya lelaki itu
memang ada masalah jiwa, kot?
**********
Qaisara
mengetuk pintu bilik Pembantu Ketua Pengarah itu beberapa kali sebelum dia
terdengar ada suara menyuruhnya masuk dari dalam. Tombol dipulas lalu dia masuk
dengan rasa kurang senang. Meluat betul nak menghadap lelaki sombong ini.
“Duduk.”
Sepatah perkataan keluar dari mulut lelaki berkaca mata itu. Matanya masih
difokuskan pada skrin komputer riba.
“Ada apa Encik Firas panggil saya?”
Mendengarkan ada suara yang menyapa, Firas segera melarikan anak matanya dari
skrin komputer riba kepada perempuan yang sedang duduk di hadapannya itu. Matanya
terpesona. Kenapa kau nampak cantik sangat hari ini? Sebelum ini kau nampak biasa-biasa saja. Masa sekolah dulu, kau memang comel. Hinggakan nama kau meniti di setiap bibir lelaki. Kemarin memang kita ada berjumpa semasa mesyuarat diadakan, tapi aku tak sempat menikmati keindahan wajah kau pun. Lama matanya terpaku pada
raut wajah jelita itu.
Qaisara sudah tak senang duduk. Ada yang
tak kena ke dengan penampilan aku hari ini? Celak aku comot ke? Semalam aku
datang sini dengan muka yang 100% semulajadi, bedak pun aku tak pakai. Rupa aku
dah ada macam badut ke sekarang ni?
“Err.. Encik Firas ada kerja yang nak saya
buat ke?” Soal Qaisara lagi. Dia tak betah diperhatikan sebegitu. Atau lelaki
sombong ni dah mati keras, kot? Ish, menakutkan aje!
“Lunch dengan siapa sekejap lagi?” Pertanyaan Qaisara menghalau lamunan di benak mindanya. Firas tersentak. Tersentak pun soalan yang entah apa-apa yang dia tertanya.
“Hah?” Dahi Qaisara sudah kerut seribu. Panggil
aku masuk bilik kerja dia semata-mata nak tanya soalan itu aje? Dia ni tersilap
orang ke apa?
“Eh, tak ada apa-apalah! Awak boleh
keluar,” arah Firas teragak-agak. Dia termalu sendiri. Ingat nak suruh Qaisara
semak senarai barang yang diperlukan untuk projek pembinaan di Kajang. Tapi tertanya
benda lain pulak. Buat malu diri sendiri aje!
Qaisara bangun perlahan-lahan. Pintu bilik
itu dituju. Dia masih hairan. Orang-orang kat syarikat ini memang psiko-psiko
belaka ke?
No comments:
Post a Comment