Thursday 23 May 2013

Tak Mungkin Bersatu : Bab 13





   Lipatan baju yang terakhir dihabiskannya lalu dimasukkan ke dalam sebuah bagasi yang elok terletak di atas katil. Zip bagasi itu ditutup dengan cermat lalu diangkat ke hadapan muka pintu. Kemudian, dia mengeluarkan telefon pintarnya sebelum nombor rakannya, Meena didail. Telefon dilekapkan pada telinga kanannya sambil dia menyandarkan badan pada dinding lorong ke pintu bilik sewa itu. Panggilan masih tidak berjawab walaupun sudah kali kelima nombor itu didail. Mungkin Meena sedang dalam perjalanan ke mari. Dia menggumam sendirian.


      Seketika kemudian, dia berjalan ke arah katil lalu menghempaskan tubuhnya kasar. Hujung rambutnya yang panjang dipintal-pintal sambil dia memikirkan sesuatu. Matanya leka membelek siling bilik sederhana besar itu walaupun fikirannya melayang entah ke mana.


      “Aku ni, sibuk nak travel merata. Tapi kat Malaysia dah ada yang setia menanti. Siap tanya bila aku nak balik lagi,” bebel Eryna pada diri sendiri.


    Tiket kereta api berlabel ‘Berlin’ dipandangnya kosong. Dia memang sudah lama bercadang mahu mengembara dengan kawan-kawan ke seluruh pelosok Jerman setelah tamat pembelajaran di Ludwig Maximilian University of Munich itu. Bila lagi boleh mengembara kalau bukan pada masa muda, kan? Lagipun kalau papa tahu ini kerjanya di negara orang, habislah dia!


     Bunyi ketukan pintu ketika itu mematikan lamunannya. Dia bingkas bangun lalu berdiri di hadapan cermin panjang yang terletak di sisi katil bujang itu. Jaket hitam yang elok tersarung pada tubuh langsingnya dipasangkan sepasang butang sebelum dia membuka pintu bilik itu. Dia mengikat rambutnya satu sambil berjalan. 



     “Meena! You’re late!” Eryna menjerit tatkala wajah Meena yang menerjah masuk ke dalam anak matanya setelah pintu bilik itu dibuka.


    “Sorry, dear!” Ucap gadis berambut coklat itu. Tubuh Eryna dipeluknya erat tanda dia meminta maaf. Bukan dia sengaja mahu lewat tetapi kawasan tempat dia menyewa itu sangat jarang dikunjungi teksi atau bas. Jadi, terpaksalah dia berjalan kaki untuk ke bandar kecil yang berdekatan.


     “So we don’t have much time!” Kata Eryna sambil dia mengheret bagasinya keluar dari bilik itu. Pintu bilik cepat-cepat dikuncinya. Meena yang tidak sempat masuk ke bilik itu tercengang.


     “Dear, are you in hurry?” Gadis yang berasal dari Itali itu mula melontarkan pertanyaan kepada Eryna. Hairan dia melihat Eryna yang tergesa-gesa mengunci pintu bilik sewa itu. Bukannya mereka terlalu lewat pun. Malahan, mereka terlalu awal! Stephanie dan Nicole pun entah sudah bangun tidur entah belum. Bukan boleh harap sangat dua orang rakannya itu. Janji hendak berjumpa di stesen kereta api terus. Jangan nanti bayang pun tak ada, sudahlah.


     “Meena, it’s 7.00 a.m! The train is on 10.00 a.m! You know how far we are from the train terminal, right?” Berpaut kening Eryna yang nipis itu apabila memandang wajah Meena. Dia risau mereka berdua akan terlepas kereta api. Bukan senang boleh dapat peluang keemasan seperti ini!


     “Dear, we have 3 hours more. Chill! Breakfast?” Meena tersenyum manis kembali. Wajah rakannya yang cantik jelita dipandang lama, mengharapkan persetujuan Eryna untuk sarapan pagi terlebih  dahulu.


     “Promise me that we won’t miss the train?” Eryna menudingkan jari telunjuk kanannya kepada Meena. Dia tidak mahu terlepas kereta api.


     “Sure! I love you, Eryna!” Pipinya Eryna dikucup penuh sayang. Tanda kasih daripada seorang sahabat. Eryna menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Faham sangat dengan perangai Meena. Kalau perut belum diisi sebelum melakukan apa-apa aktiviti, pasti bibir comel gadis Itali itu akan merungut lapar sepanjang jalan.


     Mereka pun berjalan ke arah sebuah kafe yang baru saja dibuka pada pagi itu. Meena mengambil dua potong sandwich telur yang berada di meja kaunter manakala Eryna hanya memesan sepotong kek keju bakar. Meja di penjuru kafe itu dituju. Eryna lebih gemar makan di tempat yang jauh daripada orang ramai. 


     “Meena, who do you think he is?” Soal Eryna lalu tangan kirinya menunjukkan wallpaper telefon pintar pada Meena. Sedikit kek keju bakar itu disudukan ke dalam mulutnya.


    “Oh my goodness! He is drop dead handsome!” Bersungguh-sungguh Meena berkata sambil tangan kanannya mengipas-ngipas wajahnya sendiri. Nasib baik sandwich yang dia makan sudah habis ditelan. Kalau tidak pasti dia akan tercekik sandwich telur!


    “Handsome?” Satu sudu kek keju bakar disumbat ke dalam mulutnya lagi. Senyuman cantik terlukis pada wajahnya.


    “Yes. He’s very, very handsome! Who is he?” Sepotong lagi sandwich telur yang masih berada di atas piring sudah tidak menarik pada pandangan mata  Meena. Apa yang menarik perhatian gadis tinggi lampai itu adalah lelaki yang dipeluk lengannya oleh Eryna dalam wallpaper telefon itu. Meena tersenyum nakal.


     “He’s my............” Lambat-lambat Eryna menghabiskan sebaris ayatnya. Air coklat yang masih panas dicicipnya perlahan-lahan. Sengaja. Meena ni memang gatal orangnya. Pantang jumpa lelaki tampan!


     “Your.........?” Meena menunggu jawapan Eryna dengan sabar. Wajah sahabatnya itu dipandang tidak lepas.


     “My man,” balas Eryna ringkas. Dia tersenyum lagi. Kedua-dua belah lesung pipitnya jelas kelihatan. Dagu belahnya menambahkan lagi kejelitaan gadis itu.


     “Are you kidding me?!” Terbeliak mata Meena memandang Eryna. Patutlah Eryna tak pernah layan mana-mana lelaki yang hendak berkenalan dengannya. Rupa-rupanya.....


     “His name is Khalis Haikal. But you can call him Haikal. Trust me, we’ll meet him some fine day.” Baki kek keju bakar dihabiskan lalu dia meneguk air coklat yang sudah suam itu perlahan-lahan.


     “Oh, man! He’s yours? I thought he’s your brother,” jawab Meena lemah. Piring sandwichnya ditolak perlahan. 


     “Come with me to Malaysia?”


     “Thanks but no. I have to go home right after our travel is done.” Meena menghirup sedikit teh panasnya.


     “Why?” Soal Eryna tak puas hati. Kalau boleh dia mahu temukan Meena dengan Haikal. Dia mahu sahabat baiknya itu kenal siapa Haikal di hatinya.


     “My brother’s marriage. Aha! Why not you bring Haikal to Italy?” Meena kembali tersenyum riang. 


   “You’re truly brilliant! But I don’t think he’ll agree. He’s very workaholic.”


     “Talk to him.”


     “I’ll try.” Eryna mengangguk.Dia akan pujuk Haikal nanti. Kalau Haikal enggan, tahulah apa yang dia patut buat! Dia senyum sendirian.


     “Hey, we should go now. It’s 8.00!” Meena tiba-tiba bersuara lalu dia menarik tangan Eryna untuk bangun. Kalau sudah pukul 8 pagi memang tak sempatlah mereka hendak berkejar ke stesen kereta api di Munich itu. Sebelum hendak ke stesen kereta api, mereka perlu menaiki bas atau teksi dahulu. Itu yang akan melambatkan mereka.


     Ini adalah kali ketiga mereka mengembara ke negeri-negeri di Jerman. Pertama kalinya mereka sudah ke Stuttgart dengan berpemandu pelancongkan Nicole yang sememangnya merupakan warganegara Jerman. Stuttgart sememangnya sebuah tempat yang sangat cantik tambah-tambah pada waktu malam. Lagipun senibina bangunan di Stuttgart sangat menarik walaupun baru saja dibina. Haikallah yang memberitahu Eryna tentang Stuttgart lalu diusulkan kepada Nicole untuk membawa mereka semua ke situ.


     Seterusnya mereka merantau pula ke Saizburg. Okey, tempat ini sangat menenangkan! Mungkin kerana  ada sebatang sungai besar yang merentangi kota-kotanya. Pemandangan pada waktu malam memang amat memikat hati! Tetapi mereka cuma sempat tidur semalam saja di sana kerana wang simpanan yang tidak mencukupi. Lagipun Eryna berjalan-jalan di Jerman ini pun tiada seorang pun di Malaysia yang tahu. Kalau sampai ada yang tahu memang masaklah!


      Kali ini mereka akan ke Berlin, tempat yang paling dinanti-nantikan oleh mereka semua kecuali Nicole. Kata Nicole, dia sekeluarga pasti akan ke Berlin pada setiap tahun untuk menyambut Krismas kerana datuk dan neneknya tinggal di sana. Stephanie yang berasal dari Australia itu pun teruja apatah lagi Eryna. Meena entah tak ada perasaan, kot. Sebab keluarganya memang jenis yang suka merantau ke tempat orang. Dia pun sudah pernah melancong ke Berlin beberapa kali. Lagipun, Meena selalu ada perasaan bila dia nampak lelaki tampan saja!


    Cadangnya mereka akan terus ke Berlin tapi mereka akan melancong ke beberapa tempat semasa dalam perjalan pulang ke Munich. Selepas itu, mereka akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Entah bila lagilah mereka akan bertemu kembali. 




No comments:

Post a Comment